Blog

  • PUMA TERMINATED CONTRACT WITH ISRAEL FOOTBALL

    PUMA TERMINATED CONTRACT WITH ISRAEL FOOTBALL

    The world famous brand puma has terminated the contract with the Israeli football team for 2024, in fact, puma will not renew the contract with the team involved, after 5 years of sponsoring the team involved

     

    However, the company’s spokesperson stated that the decision was made long before the attack that occurred on October 7 this year. He said again, that decision has absolutely nothing to do with the current Palestinian and Israeli conflict.

     

    He added that the decision is also part of a strategy that is in line with the brand’s timeline to make the team’s jersey.

     

    This news became a hot topic on social media because many popular brands around the world were boycotted completely by the public for supporting Israel’s actions against Palestine.

  • ‘MUZIK MUZIK’ DALAM PENCALONAN LAGU RUNDINGAN RIM DAN MPA DENGAN MEDIA PRIMA

    ‘MUZIK MUZIK’ DALAM PENCALONAN LAGU RUNDINGAN RIM DAN MPA DENGAN MEDIA PRIMA

    Kuala Lumpur, 13 Disember 2023 –Carta mingguan Muzik Muzik akan disiarkan di TV3 kini dalam rundingan pencalonan lagu. Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan penerbit malaysia (MAP) berunding dengan Media Prima. Mereka berunding tentang pencalonan lagu dalam Muzik Muzik mengenai terma dan syaratnya. 

     

    “Banyak ahli kami yang terdiri dari syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa tidak mencalonkan rakaman lagu artis-artis mereka dalam program Muzik Muzik tahun ini kerana tidak bersetuju dengan klausa tertentu dalam borang pencalonan lagu program tersebut. Kami telah mengadakan sesi dialog bersama pihak pengurusan tertinggi Media Prima mengenai perkara ini pada awal Ogos tahun ini dan telah mengetengahkan klausa bermasalah dalam borang pencalonan tersebut buat perhatian mereka. Walaubagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum dapat penyelesaian yang memuaskan sepenuhnya berhubung perkara ini dan berharap kami dapat mencapainya dengan segera untuk klausa dan isu berkenaan”, kata Rosmin bin Hashim, Pengerusi RIM.

     

    “Banyak ahli kami dari kalangan syarikat penerbit juga tidak mencalonkan lagu-lagu baharu yang mereka tadbir bagi pihak penulis lagu masing-masing dalam program Muzik Muzik tahun ini. Pihak kami juga telah membangkitkan klausa yang berkaitan dalam borang pencalonan lagu Muzik Muzik yang menjadi isu buat ahli-ahli kami ke perhatian Media Prima. Kami berharap dapat mencapai kata sepakat dengan pihak Media Prima dalam isu ini agar ahli-ahli kami dapat meneruskan pencalonan lagu-lagu baharu mereka dalam program tersebut. ” tambah Ng Ay Na, Pengerusi MPA.

     

    Sebagai persatuan yang mewakili pemegang hak rakaman bunyi/video dan karya muzik masing-masing, RIM dan MPA mahu isu tertunggak berhubung borang pencalonan lagu Muzik Muzik diselesaikan segera dengan Media Prima demi kebaikan kedua-dua pihak.

    Untuk maklumat lanjut, layari www.rim.org.my atau ikuti kami di facebook.com/RecordingIndustryMalaysia, @recordingindustrymalaysia di Instagram dan @rim_malaysia di X.

     

    Untuk maklumat lanjut mengenai MPA, layari www.mpamusic.my atau ikuti kami di @mpa.my di Instagram.

     

  • PELANCARAN TRELER RASMI, OST & MERCHANDISE PENDEKAR AWANG.

    Mampukah Pendekar Awang menyaingi kutipan Mat Kilau? pada 12hb Disember 2023, telah berlangsungnya pelancararan treler filem , OST dan merchandise eksklusif filem arahan STUDIO KEMBARA yang ke-2 selepas filem Mat Kilau yang berjudul Pendekar Awang Darah Indera Gajah, yang dirasmikan oleh STUDIO KEMBARA sendiri. Menurut mereka yang terlibat, InshaAllah filem ini akan ditayangkan pada 11hb Januari 2024 tertakluk kepada pengesahan daripada pihak Finas.

    Pihak yang terlibat di dalam proses pembikinan filem ini juga ada memberitahu, kami benar-benar mengharapkan filem ini akan mendapat sambutan yang hangat serta dapat menghiburkan para penonton kelak. Sebagaimana yang tuan-tuan telah maklum konsep hiburan yang dibawa oleh Studio Kembara ialah Hiburan Bermanfaat. Kami percaya filem ini ada mutu yang tersendiri dan bukan itu sahaja ia juga membawa mesej-mesej yang bermanfaat, bagus dan yang boleh menyuntik semangat cinta akan tanah air serta inspirasi yang diperlukan pada waktu ini.

    Justeru, musim ini kami menambah nilai sajian kami dan sukacita memperkenalkan tagline baru iaitu Hiburan Bermanfaat Seisi Keluarga. Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat sebagaimana tagline.

    Pihak pengurusan studio kembara juga bersama-sama mengajak sidang penonton dan rakyat Malaysia amnya untuk beramai-ramai seisi keluarga menonton filem ini. Sukacita kami mencadangkan untuk jadikan filem ini sebagai 1 acara santai keluarga atau acara hari bersama keluarga, beramai-ramai mengukuhkan silaturahim dan ukhwah persaudaraan keluarga dengan datang dan berhibur menonton filem ini.

    Kami percaya filem ini sangat berbaloi untuk ditonton, jelas mereka.

    TRELER RASMI

    Treler PENDEKAR AWANG membawa perasaan dan kandungan atmosfer filem kehidupan melalui sebuah lagu yang penuh dengan maksud tersirat selari dengan konten filem PENDEKAR AWANG.

    MERCHANDISE EKSKLUSIF UNTUK PEMINAT SETIA

    Kami juga ingin memperkenalkan rangkaian merchandise rasmi PENDEKAR AWANG untuk peminat setia kami dengan kerjasama strategik bersama KUMPULAN MALAKAT. Dari pakaian hingga barangan koleksi, setiap item direka khas untuk filem ini. Merchandise boleh didapati di kedai dalam talian kami di platform malakat.com selepas pelancaran dengan membuat pembelian secara Preorder.

  • THE GRADUATION OF ‘KEJAR KERJA’ APPRENTICES IN A MOMENTOUS EVENT

    Women and girls in Kuala Lumpur commemorated a significant achievement today during a graduation ceremony, marking the successful completion of the most recent session of the Kejar Kerja program. WOMEN:girls, NIVEA, and Watsons worked together to create this apprenticeship program, which aims to provide young women in the creative business with organized career pathways. The program had a profound effect on everyone involved, not only did it result in engaging experiences for its participants, but it also cemented a crucial collaboration.

    The Kejar Kerja programme, encompassing recruitment, orientation and apprenticeship phases,  commenced with an intensive selection process, handpicking 10 exceptional candidates for a two month apprenticeship in the beauty industry. This programme uniquely paired participants with  esteemed mentors from the makeup, fashion and beauty sectors, ensuring a mentorship rich in  guidance and industry insights. Focused on equipping participants for the future, the programme  offered tailored skills training, closely aligned with the evolving trends and needs of the contemporary  beauty and creative industries. This immersive apprenticeship experience extended beyond theory,  involving participants in the practical aspects of the industry, from daily operations to participation in  a variety of business and lifestyle events.

    The programme participants were mentored by a cadre of industry luminaries: Kim May Chee  (founder of COCOdry), Adlina Nadirah (founder of Velvet Vanity Cosmetics), Nadia Halim (founder  of Blip by Nadia Halim), Nelissa Hilman (founder and creative director of Nelissa Hilman), KF Bong  (celebrity makeup artist), Melinda Looi (fashion designer), Warnabilla (makeup artist), Jastina  (makeup artist and founder of J Beauty Shop), Sereen Eng (nail care expert and founder of POSH  Malaysia) and Ummi Nasir (makeup artist and content creator), all of whom imparted valuable  knowledge and skills, shaping the apprentices’ professional growth.

    Izza Izelan, Executive Director of WOMEN:girls, reflected on the significant impact of the Kejar Kerja  programme, “Rooted in our belief that every young woman is entitled to realise her aspirations and  secure a prosperous future, WOMEN:girls initiated the Kejar Kerja programme in 2016 and over the  years, this initiative has flourished together with our dedicated partners and mentors. We’ve  witnessed numerous young women emerge from the apprenticeship programme further inspired and  equipped with the skills and confidence to make substantial contributions towards themselves and  their communities. The remarkable growth and resilience of our apprentices are a testament to the  bright future they deserve. Our hope is for them to sustain and build upon this momentum even  beyond the programme’s conclusion.”

    Over the past decade, WOMEN:girls has impacted the lives of more than 20,000 individuals. This  achievement underscores the significance of the support from partners like NIVEA and Watsons,  who have been vital in empowering and enriching the lives of young women in Malaysia. The  graduation event not only celebrates the accomplishments of the apprentices but also symbolises  the collective efforts and dedication of everyone involved in making the Kejar Kerja programme a  beacon of opportunity and empowerment.

    “The collaboration with NIVEA and Watsons has been crucial in realising the vision of the Kejar Kerja  programme. Echoing NIVEA’s dedication to individual empowerment and positive change, their  support has played a pivotal role in cultivating a new generation of confident, skilled young women  in the beauty and creative industries. Watsons Malaysia’s involvement, meanwhile, highlights their  commitment to fostering future leaders in the health and beauty sector, aligning with their goal of  generating positive social impact and promoting professional growth in Malaysia. This partnership  has been integral to our shared mission of advancing social development,” said Izza.

    Kejar Kerja stands out as a premier offering among WOMEN:girls’ array of flagship programmes,  designed to connect communities with opportunities beyond their immediate reach. For those  interested in exploring other initiatives or collaborating with WOMEN:girls, detailed information is  available on their website at www.womengirls.org. Additionally, inquiries and interactions are  welcomed through their social media platforms, including Instagram (@womengirls), Twitter  (@WOMENgirls_), TikTok (@_womengirls) and Facebook (@WOMENgirlsInspire).

  • Kolaborasi antara Barisan Artis dan Rocketfuel Entertainment Bersatu Dalam Lagu Kemanusiaan bagi Solidariti Palestin

    Kolaborasi antara Barisan Artis dan Rocketfuel Entertainment Bersatu Dalam Lagu Kemanusiaan bagi Solidariti Palestin

    Dalam sokongan kepada Palestin yang dihimpit peperangan, lagu kemanusiaan berjudul ‘ASSALAMUALAIKUM,’ ciptaan Faizal Tahir, Audi Mok, Mike Chan, Omar K, dan Ezra Kong, kini mengalami transformasi baru. Rocketfuel Entertainment, label hiburan terkemuka, bekerjasama dengan Astro untuk membawa lagu ini ke tahap baru.

    Lebih istimewa, versi ‘remake’ lagu ini menampilkan pelbagai artis ternama seperti Naqiu, Tomok, Aliff Aziz, Azharina, Liza Hanim, Hady Mirza, Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Nikki Palikat serta barisan artis Rocketfuel Entertainment sendiri iaitu Hael Husaini, Zizan Razak, Elly Mazlein, Ara Johari, Wani Kayrie, dan penampilan istimewa oleh Dato’ Hattan, Mawi dan juga Zizi Kirana.

    Menurut Pn. Syakireen Othman, selaku Ketua Muzik & Kandungan Rocketfuel Entertainment, “Sebagai tanda sokongan terhadap bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Palestin, Rocketfuel Entertainment bersama-sama selebriti dan penyanyi tempatan turut terpanggil untuk bersolidariti melalui nyanyian bersama oleh artis-artisnya yang prihatin.

    “Dengan mengambil pendekatan berhibur sambil menderma, segala kutipan hasil sumbangan menerusi tontonan di YouTube dan juga penstriman lagu atas talian akan disalurkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah naungan Kementerian Luar Negeri,” tambah Syakireen.

    Dalam nada penuh pengharapan, Ara berkongsi, “Ini bukanlah hanya hiburan semata-mata, ianya merupakan salah satu usaha kita untuk membantu saudara kita yang berada di Palestin yang sangat memerlukan bantuan dan perhatian, dan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, jangan lupa untuk terus memperkatakan tentang konflik yang sedang berlaku di Gaza.

    “Muzik adalah medium universal dan salah satu elemen penting dalam menyampaikan mesej, dan secara langsung menunjukkan tanda solidariti dan keprihatinan kita,” tambah Ara.

    Selain lagu, Rocketfuel Entertainment juga turut menghasilkan sebuah video muzik (MV) eksklusif yang menampilkan artis-artis di bawah naungan label tersebut seperti Dinda Dania, Timah, Idris Brown, Syazwan Suhaimi dan Agy, serta penampilan daripada personaliti dan selebriti terkenal tempatan antaranya, Dato’ Zainal Abidin Hassan, Razman Roslan, Dr. Soo Wincci serta Safee Sali, Daniel Fong dan ramai lagi.

    Untuk makluman, MV ASSALAMUALAIKUM telah mula ditayangkan secara rasminya pada tarikh 3 Disember 2023, jam 9:00 malam, eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network. Manakala pada hari berikutnya, lagu ini boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.