MEMBERI SINAR HARAPAN JALAN CHOW KIT

IMG20230516211433 IMG20230516211002 IMG20230516211755

Program yang berlangsung di Jalan Chow kit merupakan program yang dianjurkan oleh Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah mendapat kerjasama dan sokongan dari pihak MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) yang prihatin terhadap nasib orang kurang bernasib baik ketika masih di bulan syawal. Syawal merupakan hari meraikan kemengan tetapi masih ada yang berjuang untuk melangsungkan kehidupan seharian. Tujuan progaram ini dijalankan supaya dapat membuka mata orang awan.

Dalam program tersebut, telah pun berjaya mengagihkan sumbangan buat rakan jalanan di sana. Dalam yang sama telah menyumbangkan saguhati dalam bentuk duit. Pada masa sama, katanya, program bertujuan memberikan penerangan mengenai `Self-Care Kit’ bagi menerapkan nilai kebersihan dalam diri gelandangan.

Terima kasih juga kepada MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) yang telah memberi peluang kepada pihak Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah bersama Rakan Jalanan Chow Kit untuk bersama-sama menjayakan program menyantuni rakan jalanan di bulan Syawal baru-baru ini.

Dengan Aktiviti menyantuni rakan jalanan ini akan diteruskan di bulan-bulan lain dimana golongan rakan jalanan ini termasuk dari kalangan golongan asnaf yang menjadi sasaran Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah untuk dibantu. Selain membantu menerima keperluaan asas, pendekatan ini adalah salah satu cara untuk kita menyampaikan pendidikan Islam kepada mereka disamping menimbulkan rasa selesa dijiwa mereka bahawa masih ada yang mengambil berat tentang penderitaan mereka. Insha’Allah.

Leave a Comment