Lagu ‘Lemas’ Buat Khai Bahar Pasrah

AVvXsEgmH37TSFplewuS UC 30X QDnlPvE3lWIpSESxH8fpmZfLyMXZhDM0Keoj6O6GwzrI7o4dfTiuIKTuHYI7JhTVSZzGGqDMIefFKl2FHKb s0eYw4I2nkl DT Y8pQWBRpSRpK y45 yHzihU9bUubAKw 7S1oiUnzI4lGgKaKqIVT ia7lJ7LJeE6OF0o6=w640 h640

Khai Bahar kini telah melancarkan single terbaru bertajuk Lemas, menandakan kehadiran terbarunya dalam industri muzik. Dalam tempoh tujuh tahun berkecimpung dalam seni, beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 single yang mendapat sambutan luar biasa daripada peminat, mencerminkan keupayaannya yang unggul dalam bidang ini.

Ketika ditanya mengapa dia menerima lagu Lemas ini, Khai Bahar berkata lagu ini sangat istimewa buat dirinya kerana liriknya berkait rapat dengan pengalaman peribadinya, keluarga malahan orang sekeliling. Sikapnya yang sering mendahulukan orang lain demi kebahagiaan jelas terpancar apabila dia menerima lagu ini. 

“Apabila saya amati lirik Lemas, saya seolah-olah dapat hubungkan dengan keadaan yang pernah saya lalui. Saya seorang yang akan mengetepikan perasaan sendiri dan memberi peluang kepada orang lain. Secara ringkasnya, saya ni jenis pasrah, tidak hiraukan perasaan sendiri asalkan orang tersayang bahagia. Kadang-kadang bila kita buat orang lain bahagia, secara tidak langsung, hati kita tenang walaupun pedih untuk menerimanya. Lama-lama nanti perasaan sedih itu dengan sendirinya akan hilang. Sebab itulah bila saya lihat lirik lagu ini, saya terus setuju untuk jadikan single terbaharu saya.”

Khai Bahar telah menunjukkan komitmen yang tinggi ketika rakaman tanpa mengira kesihatannya. “Ketika rakaman untuk lagu ini dilakukan, saya dalam keadaan yang kurang sihat. Saya tidak mahu melengah-lengahkan rakaman ini kerana saya menghargai serta menghormati kerja keras sahabat saya di dalam studio terutamanya komposer Hykal Kadir dan penulis lirik Hamizan Azli. Saya amat menghormati kedua-dua mereka kerana mereka masih muda dan bakat mereka sangat berkualiti.”

Ketika ditanya tentang pemilihan lagu, Khai Bahar menghormati kreativiti setiap karyawan. “Saya boleh dikatakan masih lagi baharu dalam bidang ini. Namun saya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja komposer asalkan melodi, lirik dan lagu sedap didengar dan melekat di hati saya. Alhamdulillah berkat kerja sama semua, rakaman selesai dalam masa dua jam setengah,” jelas King of Smule ini.

Kepada yang masih belum mendengar lagu ini, boleh muat turun lagu Lemas di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Lagu ‘Lemas’ Buat Khai Bahar Pasrah" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment