Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad (Maybank)

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad. Tahukah anda, anda boeh keluarkan duit dari mesin ATM tanpa menggunakan Kad Bank atau Kad Debit. Kebiasaannya ini terjadi apabila Kad ATM anda telah rosak atau pun hilang.

Terkini pengeluaran duit melalui mesin ATM boleh dibuat tanpa menggunakan kad ATM, Malayan Banking Berhad atau pun Maybank merupakan bank yang mempunyai perkihdmatan Cardless Withdrawal dimana membolehkan pelanggan bank ini unutk melakukan pembayaran atau pindahan dana secara peribadi dengan mudah.

Baca Juga : Tukar Kad ATM Secara Online

Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad

Bagaimana anda akan keluarkan duit di mesin ATM tanpa menggunakan Kad ATM ? Dengan Cardless Withdrawal, ia adalah perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad yang membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia.

Setelah Pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana mana Mesin ATM Maybank tanpa perlu menggunakan Kad ATM

Cardless Withdrawal

Untuk menggunakan Cardless Withdrawal ini, pastikan anda telah daftar perbankan online Maybank iaitu Maybank2u terlebih dahulu sebelum ke mesin ATM.

Anda boleh memuat turun aplikasi Maybank2u di pelbagai platform telefon pintar di Malaysia seperti Android, IOS, atau Huawei Store.

NOTA : Untuk pengeluaran duit tanpa kad ATM had maksimum adalah sebanyak RM300

Waktu operasi mesin ATM seperti biasa

Cara Gunakan Cardless Withdrawal

Di Maybank2u

Buka aplikasi Maybank2u atau layari pautan rasmi di :

  1. Login masuk.
  2. Pada paparan utama, klik pada Quick Link dan pilih Transfer
  3. Seterusnya klik pada Cardless Withdrawal atau “Open Cardless Withdrawal
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan masukkan amaun yang ingin dikeluarkan (dari RM100 hingga RM300) dan klik Continue
  5. Klik “Request for TAC”, masukkan nombor TAC yang diterima. Kemudian klik Confirm
  6. Paparan akan menunjukkan transaksi anda berjaya dan caj RM1.06 akan dikenakan
  7. Kemudian anda akan terima 2 mesej iaitu
    a) Withdrawal Code 6 digit
    b) Transaction ID 16 digit
  8. Seterusnya pergi dekat mesin ATM untuk keluarkan duit. Klik Disini

Di Mesin ATM

Setelah anda selesai proses di atas dan telah menerima mesej Withdrawal Code dan Transaction Id, berikut adalah cara untuk Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad :

  1. Sentuh di screen mesin ATM dan pilih bahasa anda inginkan
  2. Seterusnya klik pada Pengeluaran Tanpa Kad
  3. Baca terma & syarat kemudian klik Teruskan
  4. Masukkan Transaction ID (16 digit) yang anda terima di SMS, seterusnya klik Ya
  5. Kemudian masukkan Withdrawal Code (6 digit) yang anda terima di SMS, seterusnya klik Ya
  6. Tunggu mesin ATM proses mengeluarkan duit anda.

 

 

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad (Maybank)" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment