JOM ADIK-ADIK! DAFTAR KELAS MASAKAN KUIH MALAYSIA BERSAMA DENGAN JAGUH KARTUN

Untitled

Bagi promosi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Media Prima Berhad telah memilih subjek Manis Pahit Bersama untuk menghormati kepelbagaian hidangan tradisional pelbagai kaum di samping meraikan kebersamaan masyarakat sivil.

Bagi memeriahkan bulan Kemerdekaan ini, TV9 telah mengadakan peraduan Kelas Kuih Malaysia dengan kerjasama Jaguh Kartun, khas buat kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun. Peraduan ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dan memberi pendedahan kepada mereka tentang perpaduan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. 

Menariknya peraduan ini, peserta akan dibimbing oleh cef berpengalaman untuk membuat kuih-muih tradisional daripada pelbagai kaum iaitu kuih ketayap, kuih angku dan putu mayam. Semestinya ia akan menjadi pengalaman paling berharga buat peserta cilik.

Ingin menyertai peraduan ini? Senang sahaja! Anda perlu merakam video yang berdurasi tidak lebih 30 saat yang bermula dengan, “Saya ingin belajar buat kuih tradisi Malaysia sempena Hari Kebangsaan ini kerana…”. Selepas itu, hantarkan video anda ke laman web Jaguh Kartun di https://www.xtra.com.my/jaguhkartuntv9/kelas-kuih-malaysia.html.

Slot adalah terhad kerana hanya 10 pemenang yang akan terpilih untuk menyertai Kelas Kuih Malaysia. Anda mungkin antara pemenang yang bertuah! Jadi tunggu apa lagi? Jom mendaftar untuk dapatkan slot sebelum tarikh tutup iaitu pada 12 Ogos 2023. Siapa cepat, dia dapat! 

Leave a Comment