Jawatan Pembantu Awam Di MPKu

Jawatan Pembantu Awam Di MPKu. Majlis Perbandaran Kulai telah menjemput semua warganegara Malaysia yang layak terutama anak jati negeri Johor untuk menyandang jawatan pembantu awam di MPKu seperti maklumat dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pembantu Awam Di MPKu
Lokasi Jawatan : Kulai, Johor
Nama Majikan : Majlis Perbandaran Kulai
Gaji : Minima RM 1,218| Maksima RM 2,939
Kelayakan Minima : (Rujuk Info Dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 5 Disember 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pembantu Awam Di MPKu adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PEMBANTU AWAM DI MPKu

Syarat utama lantikan untuk memohon jawatan ini adalah :

  1. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  2. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).
  3. Syarat Tambahan : Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

Syarat Kelayakan Bahasa : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penetapan Gaji Permulaan : Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred H11 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Tempoh Percubaan Latihan : Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

Program Transformasi Minda : Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan : Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

  • memenuhi tempoh percubaan
  • hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang telah ditetapkan.
  • diperakukan oleh Ketua Jabatan/perkhidmatan

PERMOHONAN JAWATAN

Untuk pemohon yang berminat dengan jawatan Pembantu Awam di MPKu dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui :

Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) : [Klik Disini]

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

Calon perlu memastikan pusat temuduga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengamblan ini adalah sebelum atau pada 5 Disember 2021.

Klik Disini untuk lagi info peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Pembantu Awam Di MPKu" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment