Jawatan Pegawai Veterinar Di NAFAS

NAFAS - Pertubuhan Peladang Kebangsaan | National Farmers Organization

Jawatan Pegawai Veterinar Di NAFAS. Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah membuka permohonan untuk jawatan dan peluang kerjaya sebagai pegawai veterinar seperti maklumat dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pegawai Veterinar Di NAFAS
Lokasi Jawatan : Johor
Nama Majikan : Pertubuhan Peladang Kebangsaan
Gaji : (Rujuk Info Dibawah)
Kelayakan Minima : (Rujuk Info Dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : Tidak Dinyatakan

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pegawai Veterinar Di NAFAS adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PEGAWAI VETERINAR DI NAFAS

Syarat lantikan khusus untuk jawatan ini adalah seperti dibawah :

  • Berumur kurang dari 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah dalam bidang berkaitan/kelulusan profesional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia
  • Pengalaman melebihi 3 tahun di dalam bidang yang berkaitan. Keutamaan dalam bidang veterinar ternakan ayam
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik
  • Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.
  • Sanggup bekerja di Kota Tinggi, Johor.

DESKRIPSI TUGAS

Untuk jawatan Pegawai Veterinar Di NAFAS, deskripsi tugas jawatan ini adalah :

  • Mengawal, memantau kualiti DOC yang di hasilkan supaya bebas penyakit dan mematuhi piawaian yang digariskan oleh industri dan Jabatan Veterinar;
  • Menyediakan dan memantau program pemvaksinan yang betul bagi program vaksin kepada induk baka di ladang dan anak ayam yang dihasilkan
  • Memantau cara guna antibiotk, vitamin dan racun biosekuriti (disinfektan) dengan betul mengikut dos dan keperluan oleh industri dan Jabatan Veterinar.
  • Membuat lawatan ke penternak bagi mengenalpasti aduan dan rungutan penternak berkaitan kualiti;
  • Menyediakan khidmat nasihat kepada penternak supaya mutu yang di hasilkan tinggi dan menguntungkan mereka.
  • Membuat analisa penyakit berjangkit dengan menghantar sampel seperti darah, organ dalaman ke makmal bagi mengesan jenis penyakit dan lain-lain yang berkaitan.
  • Membuat MyGap untuk ladang supaya ladang ayam baka MJSB diiktiraf oleh Jabatan Veterinar serta mematuhi protokol.
  • Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh majikan.

PERMOHONAN JAWATAN

Untuk membuat permohonan, pemohon boleh terus ke pautan ini [Klik Disini]

Pemohon harus log masuk terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan jawatan pegawai veterinar di NAFAS atau info berkaitan boleh terus ke portal rasmi Pertubuhan Peladang Kebangsaan di [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lagi info peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Pegawai Veterinar Di NAFAS" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment