Jawatan Kosong Penolong Akauntan Gred W29 Di MPKS

Jawatan Kosong Penolong Akauntan Gred W29 Di MPKS. Permohonan adalah dipelawa daripada kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) / warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS). Keutamaan akan diberi kepada anak kelahiran Negeri Selangor.

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Penolong Akauntan Gred W29
Lokasi Jawatan : Selangor
Nama Majikan : Majlis Perbandaran Kuala Selangor
Gaji :
Minima RM1,498.00 dan Maksima RM5,678.00
i. Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
ii. Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii. Bantuan Sara Hidup : RM 350.00
iv. Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Taraf Lantikan : Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan : 4 Oktober 2021

Bidang Jawatan :

  1. PERKHIDMATAN KEWANGAN

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Penolong Akauntan Gred W29 Di MPKS adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 MPKS

Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

  • Pemohon Lahir di Negeri Selangor; atau Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan
  • Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undangundang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri
    (Nota: Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)
  • Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
    (Gaji permulaan ialah pada RM1,510.92.00)
  • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; ATAU
    (Gaji permulaan ialah pada RM1,510.92)
  • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: ATAU
    (Gaji permulaan ialah pada RM1,776.08)
  • Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada RM2,001.68)
  • Had umur lantikan tidak lebih daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

PERMOHONAN JAWATAN

  • Semua permohonan jawatan Penolong Akauntan Gred W29 di MPKS hendaklah dibuat dengan mengisi borang on-line dengan melayari portal rasmi [Klik Disini]
  • Semua permohonan hendaklah disertakan dan memuat naik (upload) atas talian :
    i. Resume;
    ii. Salinan akademik (PMR/ PT3/ SPM/ STPM/ DIPLOMA/ IJAZAH/ TRANSKRIP);
    iii. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, Ibu dan Bapa);
    iv. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
    v. Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa;
    vi. Salinan Sijil Tamat Persekolahan;
    vii. Salinan Lesen Memandu (wajib)
    viii. Gambar Berukuran Pasport.
  • [Pastikan perkara diatas adalah salinan yang telah disahkan daripada salinan asal]
  • Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) terkini; DAN
  • Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.
  • Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga
  • Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut;
    i) Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
    ii) Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Penolong Akauntan Gred W29 Di MPKS boleh terus ke pautan [Klik Disini]

Juga boleh hubungi Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kuala Selangor di talian 03-32891439.

Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Penolong Akauntan Gred W29 Di MPKS" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment