Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di UPM

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di UPM 2021 kini dibuka. UPM (Universiti Putra Malaysia) adalah salah satu Universiti penyelidikan terkemuka di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1931 sebagai Sekolah Pertanian, Universiti hari ini menggabungkan kemudahan moden yang mengagumkan dan pendekatan dinamik untuk pengajaran dan penyelidikan dengan warisan perkhidmatan dan pencapaian berkualiti yang dibanggakan.

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pembantu Tadbir Gred N19 (6 kekosongan)
Lokasi Jawatan :Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia
Nama Majikan : Universiti Putra Malaysia
Gaji : Minima RM1,352 dan Maksima -tidak dinyatakan-
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Taraf : Kontrak
Tarikh Tutup Permohonan : 3 Oktober 2021

Bidang Jawatan :

  1. Perkeranian / Operasi

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 Di UPM adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PEMBANTU TADBIR GRED N19 DI UPM

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00)
  • Sijil pelajaran Malaysia atau kelayakann yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

DESKRIPSI TUGAS

Pembantu Tadbir Gred N19 Di UPM Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Universiti Putra Malaysia – ISEP Study Abroad

PERMOHONAN JAWATAN

Pemohon dikehendaki mengisi Google Form bersama borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (yang berkaitan dengan jawatan) dan sertakan dokumen dokumen seperti Senarai Semak Temuduga yang dilampirkan.

Google Form : [Klik Disini]

Perhatian:-
a. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan;
b. Hanya calon yang dipilih dalam saringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga;
c. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit Sumber Manusia di [email protected] atau 03-9769 9074/9019/9023.

Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya lain untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di UPM" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment