Jawatan Kosong Pemandu Di LGMPC 2021

Jawatan Kosong Pemandu Di LGMPC (LGM Properties Corporation) kini dibuka. LGM Properties Corporation (LGMPC) ditubuhkan pada 1 Januari 2002 di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (MRB) 1996 dan mula beroperasi pada 1 Julai 2002.LGMPC bertanggungjawab mengurus, mengembangkan harta tanah dan aktiviti sampingan lain dari Lembaga Getah Malaysia mempelawa waraganegara Malaysia memohon jawatan sebagai pemandu di LGM Properties Corporation (LGMPC). Maklumat jawatan adalah seperti dibawah : 

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pemandu
Lokasi Jawatan : Pahang
Nama Majikan :LGM Properties Corporation (LGMPC)
Gaji : -Tidak Dinyatakan
Taraf : Sepenuh masa/ Tetap
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : Tidak Dinyatakan

Bidang Jawatan :

  1. Bertanggungjawab dalam memastikan kenderaan Perbadanan dijaga dengan baik.

Tanggungjawab Utama :

  • Penyelenggaraan Jalan & Parit Ladang
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan dan parit ladang bagi laluan penuaian hasil ladang mengikut jangkamasa dan spesifikasi yang ditetapkan.
  • Penjagaan kenderaan & Jentera Ladang
  • Bertanggungjawab memastikan kenderaan & jentera di guna dan diselenggara serta dibersihkan 1 kali seminggu mengikut spesifikasi dan perancangan jadual.
  • Keselamatan & Kesediaan Kenderaan
  • Memastikan kenderaan sentiasa selamat dan bersih. Memastikan kad tol dan minyak berisi untuk digunakan bagi kegunaan rasmi.
  • Saman trafik & Kenderaan
  • Sifar saman dan kemalangan . Bertanggungjawab dalam pemanduan berhemah dan sentiasa segar semasa pemanduan.
  • Laporan & Rekod log Kenderaan
  • Sentiasa merekod buku log pada setiap perjalanan dan mengemaskini rekod-rekod kerja dan melapor kepada Pengurus Ladang setiap bulan.

SYARAT UTAMA LANTIKAN JAWATAN KOSONG PEMANDU DI LGMPC

  1. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  2. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman

PERMOHONAN JAWATAN

Untuk permohonan jawatan kosong pemandu di LGMPC boleh terus ke pautan : [Klik Disini]

Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Pemandu Di LGMPC 2021" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment