Jawatan Kosong Di Perbadanan Taman Negeri Perak

Jawatan Kosong Di Perbadanan Taman Negeri Perak. Perbadanan Taman Negeri Perak telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk semua warganegara Malaysia yang layak terutama kepada anak jati Negeri Perak untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41

Lokasi Jawatan : Pejabat UNESCO

Nama Majikan : Perbadanan Taman Negeri Perak

Gaji : RM2,078 Hingga RM 9,544

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Disember 2021

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di Perbadanan Taman Negeri Perak adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN TAMAN NEGERI PERAK

Syarat lantikan akedemik untuk jawatan kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak adalah :

  1. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,078.00): atau
  2. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM 2,281.86)
  3. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diktiraf oleh kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 RM 2,281.86)
  4. Ijazah doctor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S41 RM 2,997.32)

Syarat-Syarat Lain

Syarat-syarat lain untuk jawatan kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak adalah :

  • a) Keutamaan akan diberikan kepada Rakyat DYMM Sultan Perak. Jika sekiranya pemohon dilahirkan di Luar Negari Perak sila sertakan Salinan Kad Pengenalan Bapa pemohon.
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik c) Pemohon yang mempunyai pengetahuan dalan Eko Pelancongan diberi keutamaan.
  • Mempunyai kelebihan dalam bidang Alam Sekitar Sains Marin/Alam Sekitar dan Perhutanan diberi keutamaan
  • Pemohon yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris adalah digalakkan memohon.
  • Permohon perlu berkebolehan untuk mengendalikan komputer dengan baik
  • Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Taman Negeri di bawah selian Perbadanan Taman Negeri Perak

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan jawatan kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak, pemohon yang layak dan menepati syarat yang diberikan boleh mendapatkan borang secara atas talian di pautan : [Klik Disini]

  • Semua maklumat yang diisi haruslah menggunakan HURUF BESAR dan HURUF CERAI
  • Lampirkan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil akedemik, salinan surat akuan dan lain lain dokumen sokongan
  • Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab A dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dikemukan atau disusuli kemudian.
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbnagkan.
  • Pemohon yang layak dipanggil temu duga sahaja akan dihubungi.
  • Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temu duga ini tidak akan ditanggung oleh Perbadanan Taman Negeri Perak.
  • Sila anggap permohonan tuan/puan gagal sekiranya tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh enam bulan dari tarikh iklan ditutup.

Borang yang telah lengkap diiisi berserta dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui pos atau tangan ke alamat :

Pengarah,
Perbadanan Taman Negeri Perak,
Tingkat 1, Kompleks Pejabat kerajaan Negeri Perak,
Daerah Hulu Perak,
JKR 341, Jalan Sultan Abdul Aziz,
33300 Gerik Perak Darul Ridzuan

No Tel : 05-7914543
No Fax : 05-7912641

Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Di Perbadanan Taman Negeri Perak" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment