Herbalife, sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan yang terulung, telah mengumumkan pelancaran TurmeriX 336mg di Malaysia untuk terus meluaskan portfolio produk pemakanan berlandaskan sains dengan formula yang menyokong kesihatan sendi. Produk terbaharu ini dihasilkan untuk melegakan kesakitan dan menyokong daya pergerakan sendi yang sihat.
Pelancaran produk diadakan seiring perkembangan masa memandangkan pengambilan makanan tambahan atau suplemen kini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di Malaysia. Menurut Tinjauan Suplemen Kesihatan Asia Pasifik 2025, yang melibatkan 1,000 responden Malaysia, didapati bahawa 43% daripada rakyat Malaysia mengambil makanan tambahan setiap hari, dengan 64% mengambil lebih daripada satu jenis suplemen untuk menjaga kesihatan mereka. Kesihatan am dan keimunan kekal sebagai keutamaan, diikuti rapat oleh tumpuan meningkatkan tenaga dan fokus, serta keperluan berkaitan kecantikan. Kapsul juga merupakan salah satu kaedah pengambilan paling disukai, menjadikan TurmeriX 336mg pilihan sesuai bagi gaya hidup Malaysia.
Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, berkata, “Rakyat Malaysia sudah lama yakin terhadap kunyit, bukan sahaja dalam masakan, tetapi juga dalam ubat tradisional yang digunakan sejak turun-temurun oleh ibu bapa dan datuk nenek kita. Menerusi TurmeriX 336mg, kami telah mengambil ramuan yang tidak asing ini dan menjadikannya lebih berkesan dengan cara yang mudah dan semula jadi untuk memberikan rakyat Malaysia sokongan kesejahteraan keseluruhan yang diperlukan, dalam bentuk yang serasi dengan rutin harian mereka.”
Sebatian semula jadi dalam kunyit, iaitu kurkumin, digunakan secara tradisional kerana mempunyai manfaat kesihatan alamiah. Setiap kapsul TurmeriX 336mg mengandungi 336mg ekstrak kunyit (Rhizome Curcuma longa) yang digunakan sejak turun-temurun untuk melegakan sakit sendi.

“Sambil masyarakat Malaysia semakin lanjut usia, dengan lebih daripada 17% daripada penduduk kita dijangka berumur lebih 60 tahun menjelang 2040, adalah amat penting untuk menjaga kesihatan sendi kita. Kita tidak boleh menunggu sehingga masalah kesihatan muncul baru bertindak. Kita perlu mengambil langkah-langkah pencegahan lebih awal supaya kita kekal aktif dan menikmati kehidupan seiring peningkatan usia. Ramai rakyat Malaysia juga menghabiskan banyak masa duduk di meja kerja atau berdiri, yang boleh mengenakan tekanan tambahan pada badan. Sebab itulah selain daripada makan secara sihat dan mengamalkan gaya hidup aktif, pengambilan suplemen yang sewajarnya boleh memainkan peranan penting untuk memastikan kita kekal kuat, sihat dan sedia untuk menghadapi setiap hari yang mendatang.”
Memandangkan 51% daripada rakyat Malaysia menyatakan bahawa kualiti produk mempengaruhi pilihan makanan tambahan atau suplemen mereka, tumpuan teras Herbalife terus diletakkan pada usaha membekalkan produk terbaik. Program ‘Seed to Feed’ memastikan pemeriksaan kualiti ketat daripada ramuan kepada pengeluaran. TurmeriX 336mg hanya mengandungi ramuan semula jadi tanpa sebarang pewarna atau perisa tambahan bagi memberikan fikiran yang lebih tenang kepada pengguna.
Langkah memperkenalkan TurmeriX 336mg di Malaysia juga merupakan produk ubat-ubatan semula jadi pertama yang dieksport oleh Herbalife Indonesia, mencerminkan sumbangan Herbalife kepada ekonomi tempatan menerusi perkongsian dengan para penanam kunyit di Jawa Tengah. Mercu jaya ini membuktikan komitmen syarikat untuk membawakan produk kesihatan bermutu tinggi yang bersumber tempatan kepada pasaran antarabangsa lebih luas.
TurmeriX 336mg disyorkan untuk kegunaan harian, dengan satu kapsul diambil selepas makan. Produk ini sesuai untuk rakyat Malaysia yang mahu menjaga kesihatan sendi, mengalami sakit sendi, dan sesiapa sahaja yang ingin melindungi kesihatan serta daya pergerakan sendi mereka.
TurmeriX 336mg yang boleh didapati di Malaysia mulai 19 September 2025 disediakan secara eksklusif menerusi Pengedar Herbalife atau melalui laman web rasmi Herbalife.

