HARGA RUNCIT MINYAK MASAK SAWIT TULEN KEMASAN BOTOL KEKAL

WhatsApp Image 2023 04 03 at 4.26.25 PM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin memaklumkan kepada orang ramai tentang komitmen kerajaan untuk terus membantu orang ramai dalam mengurangkan kos sara hidup dan menangani masalah kenaikan harga bagi melindungi pengguna dan memastikan sambutan perayaan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak terjejas dengan sebarang isu melibatkan kenaikan harga yang melampau.

Selain pelbagai inisiatif di bawah Payung RAHMAH, turut diteruskan adalah peranan Kerajaan menerusi KPDN yang menetapkan Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak tulen kemasan botol bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.5) 2023.

Secara umumnya, terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah (crude palm oil) untuk bulan Mac berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000.00 per tan metrik. Purata harga Minyak Sawit Mentah untuk bulan Mac 2023 adalah RM 4,139 per tan matrik berbanding RM 3,908 per tan matrik pada bulan Februari 2023. Kenaikan ini sekaligus akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen kemasan botol berdasarkan kepada konsep harga siling bergerak. Walau 2 bagaimanapun, bagi mengelakkan bebanan kepada rakyat dan pengguna, Kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen untuk tempoh 8 April 2023 hingga 7 Mei 2023.

WhatsApp Image 2023 04 03 at 4.26.26 PM 1

Pengekalan harga runcit minyak masak sawit kemasan botol ini melibatkan pembayaran subsidi kepada pengilang-pengilang penapis secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) berdasarkan bilangan tuntutan sebenar.

Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan;

(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.

Akhir sekali, KPDN akan meneruskan pemantauan disamping turut menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di 3 pasaran secara rasmi melalui saluran berikut:

  • Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000
  • Portal eaduan.kpdn.gov.my
  • Pusat Panggilan 1-800-886-800
  • Emel [email protected]
  • Ez ADU KPDN
  • Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245

WhatsApp Image 2023 04 03 at 4.26.25 PM 1

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "HARGA RUNCIT MINYAK MASAK SAWIT TULEN KEMASAN BOTOL KEKAL" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment