DENGARKAN SUARA EMAS SATWO DALAM SINGLE BAHARU, ‘CAHAYA MALAM’.

Satwo

Dalam single terbaru ‘Cahaya Malam’, Satwo mempertontonkan kepekaan seni mereka yang khas, menawarkan kepada pendengar sebuah pengalaman muzik yang mendalam dan berbeza daripada yang lain di bawah bimbingan Luncai Emas.

Cahaya Malam merupakan single ketiga dalam kerjaya mereka setelah Untok Kita dan Gelap, menggabung unsur-unsur seperti indie-folk dan pop melankolia dengan cara yang unik, menangkap kalbu pendengar dari awal hingga akhir. Single ini adalah bukti bahawa artis-artis tanah air mampu menciptakan sesuatu karya yang bukan sahaja mudah ditangkap pendengar malah unik, istimewa dan kreatif.

“Bagi kami, Cahaya Malam ialah kesinambungan dari single kami yang sebelum ini, Gelap. Lagu Cahaya Malam bermula dengan intro yang seperti ‘chanting’ atau mantera, bagi menenangkan perasaan kusut dan membuat pendengar memberi perhatian pada melodi yang akan dinyanyikan seterusnya. Berbanding dengan ‘mood’ dua single sebelum ini yang gelap, lagu ini lebih santai dan tenang.” kata Maz, separuh daripada suara Satwo dan pemain keyboard mereka. “Inspirasi Cahaya Malam datang dari perasaan selepas dendam itu terbalas dan menceritakan kesan daripada dendam, sama ada baik atau buruk.” kata Rafiz pula, satu lagi suara Satwo. “Walau bagaimanapun kami tak sabar untuk para peminat dan orang ramai mendengarnya dan menafsirkan lagu ini dengan cara mereka sendiri yang berhubung dengan jiwa peribadi mereka.”

 

Maklumat mengenai produksi Cahaya Malam:

Lagu & Lirik : Satwo 

Nyanyian : Satwo

Susunan : Ilham / Satwo 

Produser : Ilham 

Piano & Synth : Maz

Synth Pads : Ilham 

Gitar : Rafiz 

Drum : Acin Pukul

Bass : Masrin

Penyelaras Projek : Rahman Saharddin

Jururakam : Mohd Akmar Soffian 

Juruadun : Husyairi Hamzah 

Mastering : Steve Carrao

 

Cahaya Malam akan tersedia di semua platform streaming utama, termasuk Spotify, Apple Music, dan Joox, bermula pada hari Jumaat, 22 September 2023.

Satwo telah memperoleh pengikut yang setia melalui single-single mereka yang terdahulu dan persembahan ‘live’ mereka yang mengagumkan, dan Cahaya Malam berjanji untuk lebih mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu pemain utama dalam arena indie-pop Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan, permintaan temu duga, atau maklumat lebih lanjut mengenai Satwo dan Cahaya Malam, sila hubungi kami melalui emel atau telefon yang tertera di atas.

Ikuti Satwo:

– Facebook: SATWO

  • Twitter: @SatwoMusic
  • Instagram: @satwomusic
  • Tiktok: @satwomusic

This image has an empty alt attribute; its file name is CA%20cahaya%20malam.png

Leave a Comment