Daftar Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera

20211127 DosPenggalak2

Daftar Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) atau lebih dikenali sebagai PICK-B bermula pada 13 Oktober 2021 susulan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses COVID-19 (JKJAV) Bil. 18/2021 pada 30 September 2021 dalam pemberian dos penggalak kepada penerima yang telah vaksin lengkap. Program ini dijangka melibatkan seramai 23 juta orang di Malaysia.

20211203 BoosterDose HECC

DAFTAR VAKSIN DOS PENGGALAK MELALUI MYSEJAHTERA

Untuk Daftar Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera, Pemohon hanya perlu ke Helpdesk di  Aplikasi MySejahtera dan membuat permohonan mengikut langkah berikut:

  1. Tekan Helpdesk
  2. Mula
  3. Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
  4. Pilih G dan mengisi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.
  5. Kementerian Kesihatan Malaysia turut berkongsi grafik bagi memudahkan bakal jemaah umrah membuat permohonan dos berkenaan.

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Guna MySejahtera / Walk-In

KEMUDAHAN VAKSIN DOS PENGGALAK DAFTAR SECARA WALK IN

Sementara itu KKM juga memaklumkan bahawa individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (Booster Shot) kini sudah boleh melakukan pendaftaran secara ‘walk-in’.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak – Booster (CITF-B) dalam satu kenyataan, pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.

CARA DAFTAR MELALUI ‘WALK IN’

Pendaftaran secara ‘walk-in’ ini akan dilaksanakan bagi:

  • Individu yang layak pemberian dos penggalak;
  • Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu;
  • Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19;
  • Individu yang terlepas janji temu vaksin; dan
  • Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi

Walaubagaimanapun buat masa ini, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada:

  • Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan;
  • Individu berusia 40 tahun dan ke atas;
  • Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi;
  • Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang;
  • Ibu mengandung; dan
  • Keperluan ke luar negara

20211127 DosPenggalak1

SENARAI PPV YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SECARA ‘WALK IN’

Anda boleh merujuk lokasi PPV yang mengambil bahagian dalam perkhidmatan pengambilan vaksin dos penggalak melalui pautan : [Klik Disini]

Selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan emel.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Daftar Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera dan juga secara walk in, anda boleh terus ke portal rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di pautan : [Klik Disini]

20210121 TalianPsikososialKKM

Klik Disini untuk lagi informasi terbaru dan terkini untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Daftar Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment