Biasiswa Sultan Ibrahim, Yayasan Pelajaran Johor

Biasiswa Sultan Ibrahim, Yayasan Pelajaran Johor. Berita baik untuk anak jati Johor yang ingin mendapatkan biasiswa Sultan Ibrahim. Permohonan akan dibuka tidak lama lagi untuk pemohon yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan untuk mendapatkan Biasiswa Sultan Ibrahim Yayasan Pelajaran Johor akan dibuka pada tarikh
21 September 2021 sehingga 30 September 2021

May be an image of one or more people and text that says 'PAGAR ভ YAYASAN PELAJARAN JOHOR Perbuhan PELAJARAN Seharang! BIASISWA SULTAN IBRAHIM 21 SEPT SEHINGGA 30 SEPT 2021 TERBUKA KEPADA ljazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PHD) *Permohonan adalah melalui secara atas talian sahaja Maklumat lanjut www.portal.ypi.gov.my'

SYARAT AM PERMOHONAN

Permohonan untuk mendapatkan biasiswa ini perlu juga menepati syarat-syarat am yang telah ditetapkan :

  1. Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
  3. Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
  4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  5. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
  6. Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
  7. Pengajian adalah sepenuh masa
  8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
  9. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat

SYARAT KHUSUS AKADEMIK

Syarat khusus akademik juga diperlukan untuk mendapatkan Biasiswa Sultan Ibrahim ini :

Peringkat Ijazah Sarjana

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

Peringkat Doktor Falsafah

  • Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 75 – 4.00 atau setara
  • Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT

TEMPOH TAJAAN

Tempoh tajaan biasiswa ini adalah mengikut syarat khusus yang telah ditetapkan iaitu :

  • Ijazah Sarjana : 1 hingga 2 tahun
  • Doktor Falsafah (PhD) : 3 hingga 4 tahun

Kadar Biasiswa Sultan Ibrahim :

Kadar bayaran biasiswa ini adalah tertakluk kepada 2 kategori khusus :

  1. Kategori Ijazah Sarjana Muda : Yuran pengajian tidak melebihi RM10,000 akan mendapat elaun sara hidup RM12,000 setahun
  2. Kategori Doktor Falsafah : Yuran pengajian tidak melebihi RM24,000 akan mendapat elaun sara hidup RM18,000 setahun

CARA PERMOHONAN

Untuk memohon Biasiswa Sultan Ibrahim ini, pemohon perlulah menyediakan dokumen-dokumen khusus dan juga telah disahkan. Dokumen tersebut adalah :

  1. Salinan Slip permohonan
  2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga
  3. Salinan surat tawaran pengajian
  4. Salinan Transkrip bagi taraf pengajian sebelum
  5. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi yang sedang mengikuti pengajian sahaja)
  6. Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian

Selain itu juga, pemohon perlu menyediakan sekali salinan sijil-sijil penyertaan / penghargaan sepanjang pembelajaran.

Untuk menghantar dokumen sokongan pula, pemohon perlulah mengikut cara dan tatatertib seperti berikut :

  1. Susun dokumen sokongan mengikut turutan (rujuk slip pengesahan permohonan)
  2. Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan ke dalam sampul surat bewarna coklat bersaiz A4
  3. Tuliskan jenis permohonan di penjuru kanan atas sampul iaitu ‘BSI’
  4. Masukkan ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan)
  5. Bagi yang memilih kaedah POS, Sila gunakan perkhidmatan POS yang mempunyai ‘tracking number’

Permohonan atas talian boleh dilakukan di pautan terus ke Yayasan Pelajaran Johor [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lebih bantuan dan info pendidikan untuk anda

 

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Biasiswa Sultan Ibrahim, Yayasan Pelajaran Johor" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment