Beli Rumah Tanpa Perlu Slip Gaji Melalui SJKP

Beli Rumah Tanpa Perlu Slip Gaji Melalui SJKP. SJKP adalah syarikat milik penuh  Menteri Kewangan Diperbadankan, SYARIKAT KREDIT PERUMAHAN BHD. Dengan adanya SJKP, mereka yang tidak mempunyai pendaptan tetap masih boleh membeli rumah idaman.

Kerajaan menubuhkan SJKP untuk membantu rakyat yang tiada pendapatan tetap tidak mempunyai penyata gaji seperti peniaga kecil, petani dan nelayan dengan menyediakan kemudahan kewangan untuk membeli rumah idaman mereka dan memberi jaminan pembiayaan kepada institusi kewangan yang terbabit di dalam skim tersebut.

BELI RUMAH TANPA PERLU SLIP GAJI MELALUI SJKP

SJKP adalah syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan pada 6 Disember 2007 dan milikan penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, Penubuhan syarikat ini bertujuan untuk membantu mereka yang mahu membeli rumah akan tetapi tidak mempunyai pendapatan tetap serta penyata gaji.

Syarikat tersebut tidak mengeluarkan sebarang pinjaman perumahan akan tetapi hanya membantu mereka dengan memberi jaminan pembiayaan kepada bank yang mengeluarkan pinjaman.

Selain itu, Beli Rumah Tanpa Perlu Slip Gaji Melalui SJKP juga memberi jaminan kepada mereka yang berpendapatan tetap akan tetapi tertakluk kepada had maksimum dana sebanyak RM200 juta.

Hubungi Kami

JUMLAH DAN SYARAT PINJAMAN

Untuk jumlah dan syarat pinjaman, pemohon haruslah menepati syarat yang diberikan dibawah :

  • Harga pembelian maksimum RM100,000 (Termasuk MRTA/MRTT).
  • Menjamin 100 peratus harga pembelian.
  • Tempoh pinjaman 40 tahun atau usia 60 tahun.

SENARAI BANK DIBAWAH SKIM SJKP

Berikut merupakan senarai bank yang turut sama menyertai skim SJKP ini:

  1. BSN
  2. Bank Islam
  3. Maybank Berhad
  4. Maybank Islamic Berhad
  5. Alliance Bank Berhad
  6. Alliance Islamic Berhad
  7. Hong Leong Bank
  8. Hong Leong Islamic Bank Berhad
  9. Bank Rakyat
  10. AmBank
  11. AmIslamic Bank Berhad
  12. Affin Bank Berhad
  13. Affin Islamic Bank
  14. Eon Bank
  15. EonCap Islamic Bank Berhad

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang perlu ada pada pemohon untuk Beli Rumah Tanpa Perlu Slip Gaji Melalui SJKP:

  • Tidak mempunyai pendapatan tetap.
  • Pendapatan purata kasar RM1,000.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Harga kos pembelian rumah di bawah RM100,000.
  • Pembelian rumah kali pertama.
  • Surat pengesahan sumber pendapatan daripada pegawai kerajaan kategori A, JKKK, penghulu atau wakil yang terpilih beserta lesen perniagaan.
  • Kad pendaftaran nelayan (Sekiranya ada).
  • Tiada rekod kewangan negatif dalam tempoh 24 bulan terkini.
  • Bermastautin dalam lingkungan 20 kilometer daripada bank tempat permohonan.
  • Ansuran bulanan pinjaman tidak melebihi 40 peratus daripada pendapatan kasar.

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan Beli Rumah Tanpa Perlu Slip Gaji Melalui SJKP, pemohon yang tidak mempunyai pendapatan tetap boleh rujuk cara dibawah untuk membuat permohonan :

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Untuk Maklumat lanjut berkaitan permohonan dan cara yang betul untuk permohonan Beli Rumah Tanpa Perlu Slip Gaji Melalui SJKP boleh terus layari portal rasmi SJKP : [Klik Disini]

Nota Ringkas :

Skim SJKP ini hanya sah untuk tujuan membeli rumah kos rendah dan sederhana yang sedia ada sahaja. SJKP tidak menjami pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

Klik Disini Untuk lebih info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Beli Rumah Tanpa Perlu Slip Gaji Melalui SJKP" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

1 thought on “Beli Rumah Tanpa Perlu Slip Gaji Melalui SJKP”

Leave a Comment