Bantuan RM800 PEMERKASA : Untuk Individu Belum Bekerja

Bantuan RM800 PEMERKASA : Untuk Individu Belum Bekerja adalah salah satu program yang terdapat dalam program PERANTISAN, dimana program ini merupakan satu program terbuka kepada semua golongan belia yang masih belum bekerja untuk membuat permohonan Program Perantisan PERKESO. Program ini merupakan program yang ditambah baik dari program sebelumnya dengan menjanjikan insentif bantuan khas kepada mereka yang layak.

MAKLUMAT DAN CARA PEMERHONAN BANTUAN RM800 PEMERKASA

KATEGORI PROGRAM

1. Program Perantisan Asal ( Penjana Kerjaya 2.0)
> Tempoh latihan : 3 Bulan
> Jumlah Insentif : RM1,000
> Tarikh Permohonan : –

2. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru)
> Tempoh latihan : 6 Bulan
> Jumlah Insentif : RM800
> Tarikh Permohonan : Bermula 1 April 2021

3. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA ( Lanjutan daripada Perantisan Asal )
> Tempoh latihan : 3 Bulan + 3 Bulan tempoh latihan
> Jumlah Insentif RM1,000 ( 3 Bulan pertama), RM600 (3 Bulan tempoh lanjutan)
> Tarikh Permohonan : Bermula 15 April 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN RM800 PEMERKASA

1. Pihak majikan layak untuk membuat permohonan untuk para pekerjanya iaitu mereka yang mengambil perantis di bawah Penjana Kerjaya
bagi menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran pekerja berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan

2. Kursus yang dijalankan mestilah yang bersesuaian dengan keperluan industri sahaja.

3. Setiap perantis yang tersenarai dibawah Penjana Kerjaya 2.0 hanya dibolehkan unuk satu kursus sahaja.

CARA PERMOHONAN BANTUAN RM800 PEMERKASA

Daftar dan iklankan kekosongan pengambilan perantis melalui portal rasmi MYFutureJobs.
(Klik Disini)

Bagi program perantis pula, permohonan pekerjaan boleh dilakukan melalui Program Perantisan PERKESO di
(Klik Disini)

Klik Sini untuk lebih lagi bantuan dan permohonan

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan RM800 PEMERKASA : Untuk Individu Belum Bekerja" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment