Bantuan RM250 Setahun i-Saraan

Bantuan RM250 Setahun i-Saraan. i-Saraan diwujudkan kepada pencarum KWSP yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Ia adalah caruman sukarela untuk tujuan persaraan dan dalam masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

INSENTIF BANTUAN RM250 SETAHUN I-SARAAN

Pencarum dibawah insentif sumbangan Rm250 setahun i-saraan akan menerima sumbangan daripada kerajaan sebanyak 15% ke atas caruman pencarum. Jumlah maksimum sebanyak adalah RM250/Setahun dan ia berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.

~Insentif ini tidak termasuk kepada pencarum yang menerima caruman tetap majikan
~Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur kurang dari 55 tahun.

FAEDAH BANTUAN RM250 SETAHUN I-SARAAN

1. Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap

2. Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan semasa dan masih boleh membuat pengeluaran

3. Dividen tahunan di atas simpanan persaraan pencarum

4. Insentif khas sebanyak 15% (tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang dari 55 tahun.

5. Insentif khas diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022

6. Bantuan kematian sehingga RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 55 tahun kebawah

3. Bekerja sendiri ( melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)

4. Pencarum KWSP

5. Telah membuat pilihan i-Saraan
~ Borang (Klik Disini)

Peringatan : Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkan sebelum membuat sebarang permohonan baru bagi i-Saraan . Walau bagaimapun, ia tertakluk kepada kelayakan pemohon.

SALURAN PEMBAYARAN BANTUAN RM250 SETAHUN I-SARAAN INSENTIF PERSARAAN SALURAN

Rujuk Ejen Bank (EB) BSN berdaftar (Klik Sini)

HAD BAYARAN

>Minimum (Rm sahaja) : Tiada Had

>Maksimum (RM sahaja) : Tiada Had ~ (RM60,000 Setahun untuk semua Caruman Sukarela iaitu Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuatkuasa Januari 2013)

CARA MEMOHON I-SARAAN

Untuk memohon bantuan RM250 setahun i-saraan, pencarum boleh menghantar borang dan dokumen-dokumen yang diperlukan berikut ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan

~ Salinan fotokopi Mykad pencarum
~ Borang i-Saraan :  Pendaftaran kali pertama (Klik Disini)
~ Borang i-Saraan : Semasa bayaran (Klik Disini)
~ Bayaran tunai dan cek atau melalui  perbankan internet ( Penggunaan borang tidak diperlukan )

RISALAH I-SARAAN
isaraan risalah

Klik Sini untuk banyak lagi bantuan dan permohonan

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan RM250 Setahun i-Saraan" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment