Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022

 

Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022. Berita baik untuk semua golongan belia kerana pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan belia RM1000 dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2021 lepas.

Bantuan ini terbuka kepada golongan yang berusia 18 tahun sehingga 30 tahun dan bantuan ini masih terbuka sehingga 2022. Bermula 1 Januari 2022 lepas setiap majikan yang memiliki pekerja yang berusia 18 sehingga 30 tahun layak memohon bantuan insentif sebanyak RM1000 menerusi Program Perantisan

Tujuan Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022

Tujuan bantuan ini diberikan adalah kerana memberi peluang kepada penganggur / belia yang tidak memiliki pekerjaan tetap. Turut membantu belia menambah pengalaman dalam pekerjaan serta meninggkatkan mutu kemahiran bekerja melalui on-the-job-training.

YOUTH EMPLOYMENT

Maklumat Bantuan

  • Bayaran sebanyak RM 1,000 untuk majikan yang memiliki lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
  • Gaji minimum adalah RM 1,200 sebulan.
  • Majikan akan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantisan dengan kos minimum RM 4,000.
  • Pekerja turut layak menerima elaun kesedian kerja / insentif.

Syarat Kelayakan

  • Seorang warganegara Malaysia
  • Merupakan lepasan sekolah / graduan yang berusia 18 hingga 30 tahun
  • Masih menganggur dan tidak memiliki pekerjaan tetap
  • Pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

Maklumat Tambahan

  • Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan perlu membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
  • Setiap Perantis yang diambil bekerja di bawah program ini hendaklah melakukan caruman dengan pihak PEKERSO.

Cara Permohonan Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022

Pihak memohon Penjana Kerjaya secara atas talian (Online) melalui portal PERKESO https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Untuk para belia yang ingin menyertai program ini, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna serta isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang telah ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs

Maklumat Lanjut Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022, anda boleh hubungi :

03 – 8091 300 atau 1-300-88-2000

atau emel ke [email protected]

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

3 thoughts on “Bantuan RM1000 Untuk Belia B40 2022”

Leave a Comment