Bantuan RM100 PRIHATIN KASIH

Bantuan RM100 PRIHATIN KASIH adalah antara program yang diperkenalkan kerajaan khas untuk rakyat dikala musim pandemik ini. Program ini memfokuskan bantuan yang disalurkan kepada isi rumah yang miskin bandar. Kaedah tanpa tunai menerusi MyKad yang dilaksanakan oleh MyKasih kepada sokongan Yayasan Hasanah di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Ekonomi (PEMERKASA)

Program ini bertujuan untuk mengurangkan serba sedikit kos sara hidup golongan miskin yang terkesan semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Dengan peruntukan sebanyak RM100Juta, ia dijangka memberi banyak manfaat kepada 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara

MANFAAT PROGRAM BANTUAN RM100 PRIHATIN KASIH

Bayaran akan dikreditkan ke akaun MyKad sebanyak RM100 sebulan selama 3 Bulan.

Melalui bantuan RM100 PRIHATIN KASIH, anda boleh gunakannya untuk membeli barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, makanan dalam tin dan pelbagai lagi barang dapur.

program Prihatin kasih

LOKASI PEMBELIAN TERPILIH

  1. 99 Speedmart
  2. Lotus Stores (tesco)
  3. Mydin
  4. The Store
  5. Pacific
  6. Giant
  7. Econsave
  8. Milimewa
  9. Kedai runcit terpilih yang lain

BULAN PERLAKSANAAN

Julai – September 2021

~ Selangor
~ Kuala Lumpur

Ogos – Oktober 2021

~ Kelantan
~ Johor
~ Pulau Pinang
~ Kedah
~ Perlis
~ Perak
~ Melaka
~ Terengganu

September – November 2021 / Oktober – Disember 2021 ( akan dimaklumkan kelak)

~ Negeri Sembilan
~ Labuan
~ Pahang
~ Putrajaya
~ Sabah
~ Sarawak

PERMOHONAN BANTUAN RM100 PRIHATIN KASIH

Langkah dan cara-cara untuk menyemak Program Prihatin Kasih

1. Bukan laman web MyKasih (Klik Disini)
2. Masukkan No Mykad dan Captcha
3. Klik ” semak status ”
4. Keputusan kelayakan akan dipaparkan
5. Penerima akan menerima SMS daripada Mykasih untuk mengesahkan status
6. Penerima perlu menghadiri taklimat orentasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang akan dijadualkan

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan program bantuan rm100 PRIHATIN KASIH, boleh Klik Disini

Klik Sini untuk lebih info bantuan dan lain-lain permohonan

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan RM100 PRIHATIN KASIH" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment