Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli

Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli. Pihak JAKOA iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli telah membuka permohonan Quick Win JAKOA untuk mendapatkan peralatan keusahawanan.

BANTUAN PERALATAN USAHAWAN ORANG ASLI

Quick Win JAKOA ialah merupakan bantuan peralatan yagn bertujuan untuk membantu usahawan Orang Asli dalam meneruskan kelangsungan perniagaan dalam menyediakan geran peralatan atau latihan berserta latihan yang bersesuaian.

Objektif utama bantuan ini adalah :

  1. Menyediakan geran bantuan peralatan kepada usahawan Orang Asli bagi meneruskan kelangsungan perniagaan.
  2. Membantu usahawan Orang Asli yang terjejas semasa pandemik COVID-19.
  3. Membantu usahawan Orang Asli B40 ke bawah.
  4. Membantu mengembangkan perniagaan hasil jualan.

SKOP BANTUAN

Bagi permohonan bantuan ini melibatkan 3 jenis bantuan iaitu:

  • Peralatan ICT
  • Peralatan packaging
  • Peralatan peruncitan

Bantuan Peralatan ICT

  1. Bantuan ini terbahagi kepada 2 pakej:
    • A1 – Mesin Pencetak / Komputer Riba
    • A2 – Mesin Pencetak / Telefon Pintar
  2. Bagi permohonan bantuan ini tertaklu kepada kriteria:
    • Usahawan mahir menggunakan peralatan ICT
    • Kawasan perniagaan mempunyai capaian internet yang baik.
    • Mempunyai produk untuk ditawarkan secara atas talian.
    • Usahawan yang menjalankan perniagaan atas talian akan diberikan keutamaan.
    • Komited untuk mengembangkan perniagaan menggunakan teknologi dan inovasi.

Peralatan Packaging

  1. Bantuan peralatan Packaging yang boleh dipohon adalah seperti berikut:
    • Plastic Sealer
    • Penimbang Digital
    • Price Labeller
    • Mesin Juruwang
    • Mesin Pencetak Sticker
  2. Bagi permohonan bantuan ini tertaklu kepada kriteria:
    • Usahawan yang mempunyai produk sendiri untuk dipasarkan.
    • Mahir mencipta reka bentuk jenama sendiri.

Peralatan Peruncitan

  1. Bantuan peralatan peruncitan yang boleh dipohon adalah seperti:
    • Boltless Rack
    • Chiller
    • Price Labeller
    • Mesin Juruwang
    • Penimbang Digital
  2. Bagi permohonan bantuan ini tertaklu kepada kriteria:
    • Usahawan yang memerlukan peralatan peruncitan bagi mengembangkan perniagaan.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk membuat permohonan bantuan ini, pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu :

  1. Usahawan Orang Asli yang menjalankan perniagaan di Semenanjung Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Menjalankan perniagaan sepenuh masa dan disahkan oleh Pegawai Negeri/ Daerah JAKOA.
  4. Usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diberi keutamaan.
  5. Jumlah pendapatan tahunan dibawah RM150,000.00.

Usahawan tani masyarakat Orang Asli

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan untuk Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli ini telah dibuka mulai 1 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022

DOKUMEN PERMOHONAN 

Pemohon perlulah menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut sebelum membuat permohonan :

  • Salinan kad pengenalan.
  • Sijil lahir.
  • Salinan SSM (jikalau ada).
  • Salinan latihan/kursus perniagaan yang pernah dihadiri.
  • Maklumat bantuan yang pernah diperolehi.
  • Kertas Cadangan Rancangan Perniagaan.
  • Gambar Passport Pemohon.
  • Gambar Premis (depan dan belakang).
  • Gambar peralatan perniagaan, gambar dalam premis dan gambar produk.

CARA PERMOHONAN

Pemohon yang menepati syarat-syarat yang diberikan boleh membuat permohonan Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli seperti dibawah :

Atas Talian

  1. Isi google form untuk membuat permohonan [Klik Disini]
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan ‘Klik Next’
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan
  4. ‘Klik Butang Submit’ untuk menghantar borang

Permohonan Manual

  1. Hadir ke cawangan JAKOA berhampiran
  2. Lengkapkan Borang BBUPI.1/98 (Borang Permohonan Pemberian Peruntukan Bimbingan Usahawan Dan Perusahaaan & Industri Kepada Orang Asli Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli, anda boleh:

  • Layari website rasmi JAKOA : [Klik Disini]
  • Hubungi: 03-2161 0577.

Klik Disini Untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan Peralatan Usahawan Orang Asli" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment