Bantuan Khas OKU RM500

Bantuan Khas OKU RM500 dari pakej bantuan PEMULIH, bantuan selama 3 bulan dan termasuk dalam Pelan Pemulihan negara (PPN). Kerajaan juga telah melaksanakan berbagai cara untuk membantu rakyat demi kelangsungan hidup. Ini merupakan langkah yang terpaksa diambil oleh kerajaan untuk melawan pandemik ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri ada membuat pengumuman khas berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang memberikan beberapa jenis bantuan dan kemudahan untuk meringankan beban rakyat.

Dalam fokus kedua dibawah pakej PEMULIH, Kerajaan akan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS OKU RM500

Bantuan khas OKU RM500 ini akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai kriteria seperti berikut

~ Kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan
~ Bukan penerima BANTUAN PEKERJA CACAT sedia ada.

PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU RM500

Tiada permohonan untuk bantuan ini, penerima bantuan akan diberikan berdasarkan data yang diambilkan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

KADAR BANTUAN KHAS OKU RM500

~ RM500 Seorang
~ Terima sepanjang tempoh tiga bulan

pemulih peruntukan

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlidungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berkata, inisiatif itu akan memfaatkan seramai 20,000 individu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan jumlah peruntukan RM30 Juta

Selain bantuan RM500 ini, Kerajaan juga akan melaksanakan Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU, bagi tujuan menyediakan bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan.

Informasi lanjut berkenaan bantuan khas OKU RM500 oleh PEMULIH boleh layari terus di (Klik Disini)

Klik Sini untuk banyak lagi bantuan dan permohonan

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan Khas OKU RM500" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment