Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM 500 telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun lalu. Bantuan ini termasuk di dalam Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dan bantuan ini bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan adanya bantuan seperti ini dapatlah serba sedikit meringankan beban rakyat dalam meneruskan kelangsungan hidup.

INFO BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)

Jumlah Bantuan

Sebanyak Rm500 akan disalurkan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan, ia juga ditentukan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menerima bantuan kehilangan pendapatan (BKP) ini masih belum lagi diperincikan secara lengkap oleh kerajaan, namun berdasarkan pengumuman Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan ini akan mensyaratkan bahawa penerima adalah :

  1. Kehilangan pendapatan
  2. Tidak mencarum mengikut data KWSP dan PERKESO pada tahun 2021

PERMOHONAN DAN SEMAKAN BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)

Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Oktober 2021. Tarikh sebenar akan dimumkan oleh kerajaan kelak. Oleh yang demikian, tarikh rasmi bantuan ini akan dimumkan oleeh Menteri Kewangan Dato Seri Tengku Zafrul Aziz dalam masa terdekat.

Klik Sini untuk ketahui lebih lanjut berkaitan BKP di laman sosial KWSP

Klik Sini untuk info lain bantuan dan permohonan

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment