Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600

Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600. Permohonan bantuan banjir daripada Zakat Selangor sebanyak RM600 (LZSPEDULI) telah dibuka kepada  warga penduduk negeri Selangor yang terkesan akibat banjir yang melanda negara baru baru ini.

BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR RM600 LZSPEDULI

Bantuan ZakatSelangor (LZSPeduli) diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat oleh penduduk / pemastautin Selangor secara online melalui Portal Lembaga Zakat Selangor mulai 23 hingga 30 Disember 2021 ini.

Jumlah mangsa banjir menghampiri 70,000 - Utusan Digital

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan LZSPeduli:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
  • Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

: Pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf juga boleh membuat permohonan

CARA PERMOHONAN

Terdapat 2 jenis cara membuat permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600 LZSPEDULI iaitu :

Cara Permohonan Untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf

  1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  2. Permohonan melalui Portal LZSPeduli : [Klik Disini]
  3. Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat

Cara Permohonan Bukan Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf

  1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  2. Permohonan melalui Portal LZSPeduli : [Klik Disini]
  3. Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

:

  • Kaedah Siasatan adalah berdasarkan dokumen lampiran.
  • Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor Rm600 (LZSPeduli), anda boleh Hubungi Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

Klik Disini Untuk lagi info semakan permohonan dan bantuan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment