Afgan & Lyodra Bersatu dalam Konsert ‘Ada Afgan & Lyodra: Live in Kuala Lumpur’

Afgan dan Lyodra, pasangan ‘Ada’ yang sedang ‘top’ dari Indonesia, akan menghibur peminat-peminat setia mereka di Malaysia dalam konsert epik bertajuk ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 28 September 2024 di Megastar Arena, KL, dan dianjurkan oleh Kharisma Music, syarikat penganjur konsert terkemuka negara.

Kharisma Music, dengan sokongan utama dari jenama kosmetik terkenal tanah air, Alha Alfa, serta penganjur bersama, Intan Gelombang dan Futurace, bertekad untuk menjadikan konsert ini pengalaman yang tak terlupakan bagi para peminat.

Untuk maklumat lanjut, segala-galanya akan diungkap dalam sidang media khas yang dijadualkan pada bulan Ogos ini. Jualan tiket akan dimulai pada 10 Julai 2024 (hari Rabu), jam 12:00 tengahari, di laman web http://www.ticket2u.com.my/afganlyodra

Kesemua kategori-kategori tiket adalah berdasarkan tempat duduk yang bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket yang dikehendaki, manakala tempat duduk terbaik bagi kategori yang dipilih akan dikhaskan buat pembeli.

PUB2

Buat pembeli awal di antara tarikh 10-11 Julai 2024, harga istimewa seperti ‘early bird’ turut ditawarkan seperti kategori-kategori berikut: 

  • Pesan Terakhir (RM258, harga biasa RM358)
  • Escape (RM338, harga biasa RM438)
  • Sang Dewi (RM458, harga biasa RM558)
  • Panah Asmara (RM488, harga biasa RM588)
  • Ada VIP (RM588, harga biasa RM688)
  • Ada VVIP (RM1,288, harga biasa RM1,488)

Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

Jadi dapatkan tiket-tiket anda ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera!

Leave a Comment